"Dan janganlah kamu memalingkan muka mu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri... (Luqman:18)
saja jek aku nak bercerita tentang anak-anakku.. bukan aku nak berlagak atau sombong cuma terlampau bersyukur di atas kurniaan Allah..
al-kisah kemana aku dan suami pegi, mesti org memuji wajah anak-anakku.. ada juga yang memerli kenapa anak2 kami tak berwajah seperti kami.. ermmm.. malu nak cakap dan dengan selamba aku jawab dah rezeki Allah... malas nak panjang citer takot nanti org kata aku belagak pulak..ialah aku ni rock orgnyer.. kang bercerita lebih orang cakap memandai2.. ade yang mcm tak pecaya..hehehe..
sebenarnya aku tak pentingkan sangat rupa anak2 ku.. tapi tuhan dah bagi alhamdullilah.. aku mementingkan budi pekerti dan juga perangainyer.. masa kecik kot diorang comei... besar kiter tak tau... aku terima jek...
masa anak2 aku dilahirkan ke dunia ni, mcm2 org ckp.. idung kembang la.. itam la.. aku tak kisah aku terima kerana mereka anak2 aku.. aku tak pentingkan semua tu... hanya Allah yang MAha mengetahui... alhamdullilah mereka membesar menjadi kanak2 yan riang ria dan cerdik malah setakat ni alhamdullilah.. nak kata baik idaklah, ialah budak memang nakal... tapi aku bahagia sangat dgn kerenah 2 budak bertuah ni...alhamdullilah..
eh melalut pulak, kat sini aku nak berkongsi pengalaman mengandung... masa mengandung aku nak sangat seorang anak yang baik dan sempurna.. rock pun rock jugak tapi aku rajin membaca surah2 yang elok masa mengandung... yang paling aku suka baca surah yusuf.. hari2 aku baca.. tak cukup dgn itu aku carik tafsirnya.. aku nak tau kisah di sebalik nabi yusuf.. alhamdullilah aku tau kenapa.. errrmm.. kalo kawan2 nak tau cuba kaji selidik.. best kalau dah tau cerita pasal nabi yusuf... tak lupa jugak aku baca surah maryam dan surah Luqman.. ini lah surah2 yang akan aku baca setiap kali mengandung... dan masa nak bagi nama pun ada jugak surah yang aku baca... alhamdullilah...
betul dan alhamdullilah inilah hasilnya.. kedua anak2 aku.. dilahirkan sempurna.. aku harap biarlah ia sampai dewasa.. yang penting menghormati orang tua... aku dan suami sedaya upaya akan beri kesempurnaan pada diorang... rock pun rock jugak perangai kena jaga.. biar jadik rock yang baik bukan huru hara...hehhehe...
maafkan aku kalau kawan2 rasa aku belagak.. sumpah aku hanya ingin berkongsi maklumat.. berkongsi idea bg kawan2 yang mengandung.. aku dan suami bukan orang yang cantik dan pandai tapi aku berusaha untuk anak2 ke arah itu... usaha kan tangga kejayaan... aku nak kawan2 cuba kerana aku taknak kedekut ilmu...errrmmm.. lain la korang semua dah cantik tentulah anak2 korang cantik... dan aku adalah diantara org2 yang bersyukur.. alhamdullilah...
No comments:
Post a Comment