semalam aku bayar fidyah.. jenuh aku cari org fakir miskin... ermmm. sebenarnya aku nak bagi sendiri kepada fakir miskin.. sebenarnya aku sedikit terluka kerana kawan aku dapat duit dari baitulmal.. bagi aku tak adil.. ramai lagi org susah... kawan aku hidup senang.. ada motor.. ada kereta..ada rumah sendiri.. .. tiap tahun pegi berjalan... aku tak menyalahkan sesiapa tapi aku sedikit terkilan.. mcm mana org mcm tu boleh dapat duit baitulmal.. errmm lantak la dia.. aku bukan cemburu kerna masih ramai yang memerlukan...
biler aku nak bayar fidyah aku pergi sendiri cari fakir miskin.. aku tanya sana sini.. alhamdullilah aku dapat sorang.. gaji pakcik tuh rm150 sebelum.. ada di antara anaknya org yang bela.. dan kebetulan dia adalah kawan sekolah tadika anak sulungku... aku berpuas hati dan aku akan bagi duit fidyah pada dia..
Ya Allah.. sedih tak terkata masa jumpa pakcik tuh, masa balik tak henti2 air mataku mengalir kesedihan... di panas terik pakcik tu mengambil anaknya sekolah dgn basikal tuanya... di atas basikalnya tersangkut mcm botol minyak yang besar... air kosong dalamnya.. aku tak pasti untuk apa.. mungkin air minuman agaknya..aku tak tahu dia duduk di mana??? masih aku tertanya?? jauhkah perjalanannya...
aku naik basikal sikit dah letih.. nak jalan ke depan sikit pun malas.... inilah dinamakan aku adalah di kalangan orang2 yang bersyukur... masih terbayang diruang mata aku, mcm mana aku susah?? anak-anak aku?? apa akan jadi?? Ya Allah.. tak terfikir lagi olehku...
Inilah nikmat yang tuhan bagi kepada aku dan keluarga.. aku pasrah.... terima kasih Ya Allah...
No comments:
Post a Comment