Jun 28, 2011

alahai baby taknak kuar lagik..

hai kawan2.. saya masih belum bersalin... sihat walafiat lagik ni.. alhamdullilah..hahhaa... hari sabtu ni adalah hari due saya.. alahai lagik beberapa hari jek lagik.. harap2nyer cepat2 la sakit tapi taknak plak sakit2.. hehee.. takpe la.. agaknyer baby sonok sgt dok dlm perot... sekarang ni baby dok ngeras2 jek dlm perot tapi tak de plak rasa nak terberanak.. heheh.. takpe tunggu seminggu dua je lagik.. kan jadik kena banyak2 bersabor.. hehhee..

ok nak share skit doa-doa menjelang bersalin...

1. SURAH ANBIYAK ~ ayat 87...

"Bahawa tiada Tuhan selain ENgkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."

2. Ayat Kursi / Al-Baqarah ~ ayat 255..

(semua orang tau baca kan!! )

3. Surah Al-a'raf ~ ayat 54

"Sesungguhnya TUhan kamu ialah ALlah yang telah menciptakan langt dan bumi dalam enam masa. Lalu dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan diciptakan Nya  pula matahari, bulan & bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha suci Allah Tuhan semesta Alam."

4. Surah Al-Falaq
5. Surah An-Nas

Amalan-amalan yg disebutkan di atas adalah berdasarkan sabda Rasullulah SAW, ertinya...

" Apabila Fatimah telah hampir melahirkan, Rasullulah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasullullah SAW membaca ayat Kursi, Surah Al-a'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas."          (Riwayat: Ibnu Sunny)..


* sumber rujukan buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Melahirkan Bayi serta Panduan Menamakan Bayi.....

2 comments:

salwana nordin @ che'wa said...

semoga selamat semuanya ye dik :D

x sabo nk tgk bb!

Anne said...

baby seronok berehat lam perut tu:)