Oct 26, 2010

Lubuk Mak Anjing makan orang

sape2 ade tgk berita baru2 ini tentang kematian seorang lelaki di Lubuk Mat Anjing..kalau nak tau lebih Lanjut KLIK SINI...

Lelaki yang meninggal itu adalah bapa kepada kawan baik suami  aku.. 3 hari kehilangannya dan dijumpai 20.10.2010 yang lalu... alhamdullilah.. aku nak cerita pasal ni tapi rasa dah terdaya nak cerita dan hari ni baru rasa nak cerita..Aku jugak terasa kesedihannya.. bila mayat dijumpai lega jugak di hati ni...baru berani nak bercerita...

aku taknak bercerita tentang Allahyarham sebab aku dgr mcm2 versi cerita nyer.. somi aku memang tak berani nak tanya lebih2 kat kawan baik dia.. tunggu diorang berjumpa nanti baru nak bukak cerita.. kawan baik dia cuma kol somi, mayat dah dijumpai dan selamat dikebumikan.. itu aje.. kejadian2 yang berlaku, kami memang tak tau yang kami tau dgr cerita dari orang yang entah mcm2 versi... jadik lupakan sejenak kisah allayarham...

aku nak cerita pasal LUBOK MAT ANJING..

Aku tak tau mana dapat nama tersebut dan aku sendiri tak tau kenapa LUBOK MAT ANJING itu wujud walaupun kebanyakan orang kuala tau ape itu LUBOK MAT ANJING tapi kami tak tau cerita ceriti di sebaliknya dan yang kami tapi LUBOK itu makan orang.. ha?? makan orang?? aku pun tak tau.. menurut cerita orang dulu2...LUBOK ini akan makan orang setiap tahun.. apabila air sungai Perak, semestinya ada mangsa dan mangsanya kebanyakannya aku tak .. wallahualam...aku hanya dengar2 cerita jek.. kalau salah mintak ampun yer..

LUBOK MAT ANJING ini ramai yg tak tau kenapa dia nak makan orang, LUBOK ini terletaknya di sungai Perak dgn keadaannya yang berpusar2... mempunyai kedalaman yang sangat dalam.. ramai orang suka memancing dekat2 dgn lubok ni sebab ikan banyak.. kenapa ikan banyak lak?? ikan suka dok kat lubok tuh kot sebab bila air tuh berpusar2 mcm2 dia tarik termasuk makanan ikan kot.. ntah le.. mcm aku ckp tadi, mcm2 versi cerita.. hehhe..

Kalau diikutkan cerita, ade terowong dari sekolah berdekatan yang iaitu sekolah SMK Raja Perempuan Kelsom melalui LUBUK MAT ANJING ni.. untuk ape aku tak tau tapi ni keje orang zaman2 British.. aku jugak pelajar sekolah tuh dan penah la tengok terowong yang ditutup rapat.. utk ape?? betul ke melalui Lubuk Mat Anjing ?? aku memang tak tau.. seperti ku katakan tadi, ini adalah cerita yang diturun dari turun temurun.... kasahihannyer tidak diketahui...

pasal LUBOK makan orang tuh pun aku memang blur sebab setiap tahun ade yang terkorban gara2 Lubok ni.. memang tak dapat bayangkan biler anak dia bagitau yang bapak dia tak  penah2 mandi sungai  Perak tuh tetiba terjun dan berjalan sampai ketengah.. air surut sgt dan biler sampai di tengah2 bapa dia terkapai2... dan versi lain cerita mayat dijumpai melekat diakar2 kayu di Lubok Mat Anjing.. tak dapat dikeluarkan sehinggalah dijumpai di Dataran Sungai Perak... entah versi cerita ini sahih atau tak, aku tak tau...

ape2 pun harap jgn la ade lagik mangsa Lubok ini.. gerun aku biler dengar orang mati sebab LUBOK ni... ntah2 LUBOK ni berpuaka atau kena sumpah.. entah le.. Hnya Allah yang Maha Mengetahui..

1 comment:

LyNn HaMzAh said...

mcm mana leh dapat nama tu ek kak...memang scary la lubuk tu...