kisah ni sebenarnya dah lama.. hurmm aku dgr sebulan 2 yang lepas masa kuar Xfm.. aku memang peminat setia Xfm.. hari-hari aku dgr X-fm..aku kan indie & suka sgt dgr2 lagu indie walaupun kadang2 lagu ntah ape2 tapi aku tabik pada orang yang buat lagu2 indie ni.. ehh ape ngarut ni ha!!.. ape kena mengena ngan si Samad..
semenjak dua menjak ni kisah si samad semakin hangat dan mendapat liputan yang meluas.. wahh cayalah samad..glemer jadiknyer kisah si samad dgn tunangnya.. korang ada dgr tak kisah ni?? kalau belum jom tengok & klik sini..
dah tengok ke?? ape pendapat korang?? wahh wahh sedap sgt pompuan tuh bercakap.. aku rasa tak le salah sangat pompuan tu tapi cara tu kurang ajar sgt.. cuba cakap elok2 kan bagus.. yang si samad gi tepon radio tuh apesal??.. hishh romantik ape kol radio.. agaknyer samad ni dah tak de cara lain nak meluahkan perasaan.. kalau aku berada di tempat samad pun aku sanggup tepon brader love menyatakan perasaan yang terpendam.. tak sanggup rasanya nak berpisah tambah2 cinta itu dah bercambah-cambah.. kerna orang ketiga sanggup pulak tinggalkan diriku terkontang kanting.. hahha.. aku dah ngarut dah.. ok berbalik pada kisah samad tadi..
ok bagi samad dan lelaki seangkatan dengannya, bagi aku ini adalah satu cabaran untuk memajukan diri..hidup ini bukan senang ok.. tak semestinya jual berger tak bole kaya.. mcm2 cara nak kaya.. tambah2 samad dah beli lori.. erkk bukan semua orang bole beli lori ok.. dgn lori tuh mcm2 bole buat.. dgn cara samad bercakap, mcm tulus ikhlas jek orangnya.. walapun pompuan tu menghina samad, tapi samad tetap bersabar.. eh lelaki mcm tuh la yang kiter carik kan..kan..
yang pompuan tuh nak cakap, cakap leklok tak bole ker?? yang sampai nak hina2 orang tuh apesal?? kdg2 aku rasa bagus jugak pompuan tu cakap mcm tuh supaya lelaki lebih bersemangat utk memajukan diri.. tapi cara pompuan tuh tak betol.. cara dia ni menyakit hati.. aku dgr pun rasa nak lempang pompuan ni.. tak de adab lansung bercakap.. cuba cakap leklok.. aduhai kesian boypren baru dia..yang kaya katanya.. yang belikan dia kasut beg dan sebagainyer..kaya tapi dapat pompuan tak beradab.. kesian laki mcm tuh.. lelaki mendambakan pompuan yang setia dan mahu hidup susah senang bersama tapi kalau dpt pompuan mcm ni?? waduhh...waduhh...
aku sentiasa teringat kata2 incik hubby padaku suatu ketika dulu.. hidup saya adalah awak.. jatuh bangun saya adalah kerana awak.. saya berada di tahap ini adalah kerana awak.. dulu saya cuma naik basikal je tapi hari ini walaupun tak sehebat kereta kita tapi saya berbangga kita berada di tahap ini.. terima kasih sayang... wahh bangga saya sebagai seorang isteri.. dan sampai mati saya akan ingat kata2 orang yang sangat saya cintai.. kawan saya jugak pernah berkata.. aku hidup kerana isteri aku.. aku berhutang kerana bini aku.. bile susah bini aku mintak cerai.. aku takkan sekali-kali menceraikan dia sebab hutang aku dah keliling pinggang kerna dia... dan kesimpulannya ....Ape yang penting bekerjasama.. hidup ini saling memerlukan.. lelaki dan perempuan
ok la.. tetiba rasa sedih ingat kisah dolu2.. pasal samad tu korang fikirlah sendiri..kita punya pendapat yang berlainan..ingat lah tanpa duit, kita takkan hidup bahagia.. kalau kasih sayang yang melimpah ruah.. duduk dalam bilik jek, tak bole jugak.. banyak terjadik pada kawan2 di dpn mata, bergaduh.. bercerai sebab duit.. tak de benda lain dah nak digaduh.. ye la.. susu anak.. lampin anak.. pakaian.. masuk jamban pun semua kena duit jadik duit..duitt..duitt.. kalau ade Ijazah pun kalau tak usaha tak bole jugak dpt duit.... kadang2 yang SPM pun kalau dia usaha lebih, insyaallah akan berjaya.. oleh itu jgn memandang rendah sesama manusia.. SPM..ijazah PHD dan sebagainya adalah kertas semata2.. yang penting hidup ini perlu diteruskan dgn usaha..
moga ape yang terjadik, menjadikkan pengajaran buat samad dan lelaki di luar sana untuk berjaya.. bukan senang utk hidup dan memuaskan nafsu pompuan yang macam2 nak.. hurmmm bukan kata orang lain, aku jugak mcm tuh.. semua nak!!!.. kalau bole satu shopping komplek tu aku nak beli.. hari2 bole tukar kasut.. baju .. beg dsb.. tapi apa kan daya.... hurmmmm
1 comment:
kesian si samad :)
Post a Comment