May 31, 2010

Pahala Kaum Wanita..

tertarik dgn kisah ni.. nak jadik ustazah jap.. kisah ni aku petik dari majalah NUR.. sesuai utk para2 isteri...

Asma' binti Yazid hanya seorang wanita biasa di kalangan Kaum Ansar di Madinah,, Namun wanita ini dikenali kerana  keberanian beliau membela kaum wanita. Satu hari Asma' datang bertemu Rasullulah yang sedang berbincang dgn para sahabat...

Dengan penuh hormat dan sopan,Asma' memperkenalkan diri. Saya ingin menyampaikan pertanyaan kaum wanita mengenai kedudukan kami berbanding kaum lelaki...

"WANITA BERTUGAS MENJAGA R.TANGGA DAN MENANGGUNG KESAKITAN SEPANJANG KEHAMILAN DAN MELAHIRKAN ANAK. LELAKI PULA MEMPUNYAI KEDUDUKAN YANG TINGGI DRP WANITA. LELAKI BOLEH MENGERJAKAN SOLAT JUMAAT, MENZIARAHI JIRAN SAKIT, MENGHANTAR JENAZAH KE KUBUR, MENGERJAKAN HAJI DAN BERPERANG KE JALAN ALLAH.... SEMENTARA WANITA DITINGGALKAN UTK MENJAGA ANAK , HARTA SERTA MEMELIHARA R.TANGGA"...

Pendek kata Asma' meluahkan isi hati yang mewakili pandangan kaum wanita lain yang menganggap kedudukan mereka rendah dari kaum lelaki.. Rasullalah terharu mendengar luahan hati Asma'.. Baginda berpaling kepada sahabat dan bertnya.."pernahkah anda semua mendengar tentang wanita yang begitu arif dlm urusan agama selain wanita ini???

Balas sahabat, "Kami tidak sangka ada wanita yang diberi hidayat oleh Allah setinggi ini".. Akhirnya Rasullulah menerangkan kepada Asma'....

"TERANGKAN KEPADA KAUM WANITA LAIN BAHAWA KEBAIKAN MEREKA ADA PADA SUAMI. HIDUP SALING MENYUKAI DAN MENGIKUT PERINTAH. SEMUA ITU MENYAMAI PAHALA KAUM LELAKI YANG KAMU KATAKAN TADI."

Jawapan itu sangat menggembirakan Asma' dan kaum wanita lain...

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-imam Bazzar, Rasullulah bersabda,

"KAMU SAMPAIKAN KEPADA PEREMPUAN YANG KAMU JUMPA, BAHAWA TAAT KEPADA SUAMI DAN MENGAKUI HAK-HAK SUAMI SAMA PAHALANYA DENGAN BERTEMPUR DENGAN MUSUH2 ISLAM DI MEDAN PERANG, TETAPI SEDIKIT SANGAT DARIPADA ISTERI YANG MENYEMPURNAKAN HAK-HAK SUAMI MEREKA"...
TERMASUK LA AKU....HEHEHE ....

No comments: