kul 12 ambik anak terus gi klinik... memang tak tahan sangat kegatalan ni..plak tu badan sengal2 mcm nak demam.. dah la masa berbincang ngan bos bole pulak aku muntah2..spoil btui.. malu aku!! memang lepas tuh bos suh gi klinik.. dapat la MC sehari.. doktor pun satu bagik la 2 hari, dapat la jugak aku rehat lelebih.. esok dah malam jumaat.. bole la kasik tenaga lebih skit... hahhahaha...malam jumaat baca yassin ok!!.. hahaha..
balik jek umah terus mkn ubat tido tapi still batuk2.. tak tau aku nape..dah 2 minggu sebenarnya aku batuk.. ubat batuk lak dah 3 jenis aku hentam tapi tak ok jugak.. hari ni masa gi klinik, dapat lagik ubat batuk ngan antibiotik.. aku nak try, mana tau ok pulak... kalau tak mau jugak, kena pi hospital la jawabnya.. takut lak jangkitan kuman ke ape.. risau la sekarang ni mcm2 penyakit bole dapat,,, emmm!!!
bila balik umah, anak2 tengok mama terlentang mula cari ubat.. picit2 mama dia.. uishhh best betoi dapat layanan istimewa dari anak2... malam, bila dah sihat skit mulalah era baru..apa lagik kalau tak pegang hanger.. asal je sihat, mesti aku pegang hanger.. mana taknyer baru jek nak berehat , umah dah macam kena letupan bom atom.. kebabomm!!!!.. parah!!! sana sini bersepah.. dari nak tidor dan berehat2 ribut taufan mula melanda... sakit pun terus jadik sihat... berambat la anak2 ketakutan.... kutip semuanya.. tengok muka mama diorang mcm harimau diorang dah gerun... lepas kemas anak2 belajar, mcm2 pe'el... tengah belajar pun bole gaduh.. rebut pemadam la.. pensil la.. kaler la..hishhhh begang betui aku ni.. suruh diorang tutup aje buku, biar mama diorang bukak blog lepaskan tekanan.. errrmmm!!!!.bosan lak aku ngan background blog lama.. jadik aku ambik keputusan dlm tak sihat ni, biar aku tukar semuanya..jemu tengok blog sendiri.. dah la lembab jek!!.. dah tukar lega pulak aku tengok.. itupun setelah ditukar lebih dari 10 kali kot baru aku puas hati.. hehhee..
huh rasa dah tak berdaya hari2 mcm ni.. kalau boleh aku jerit dah lama aku jerit suruh hubby aku balik.. suruh dia bantu aku.. suruh dia tlg tengokkan anak2.. aku sakit jadik inilah masanya aku dok kat umah berehat2..tidur2.. ni tak, sakit kena buat sihat, kalau tak lain lak jadiknya.. baru jek 2 orang anak dah kelam kabut... mcm ne la pulak kalau 6 orang?? huh! jangan harap ada masa nak bukak blog.. adussss makin serabut otak ni.. dah lepas geram nak berehat kembali.. nak tidur ngan aman damai.. harap-harap la.....
dua budak bertuah!!!!
2 comments:
alahai ciannyer batuk2. dayung pun baru lepas sembuh. cuba mama_izz kumur guna listerine...kumur jer tau bukan telan hehehe.
ye ker dayung.. ingat nak try la.. tq.. hehe
Post a Comment