May 10, 2010

familymoon...

sebenarnya nak gi hanimun.. tetiba jadik familymun pulak sebab incik hubby suh  bawak anak.. iskk spoil betoi la.. kekeke.. familymoon.. nak gi mana?? hehehhe sebenarnya beberapa minggu yang lepas kitorang gi carik2 tempat percutian.. oleh kerana incik hubby dapat duit lelebih skit, cadang nak gi ke Bali.. hari tuh teruja tengok Mama zara gi sana.. siap buat kira-kira kat blog dia.. hehhee.. errrmmm.. tapi belum kompom lagi coz cek belum dapat lagik.. katanya dalam minggu ni.. insyaallah kalau ada rezeki sampai la ke sana cuma kitorang dah bayar wang pendahuluan kat agen pelancongan.. errrmmm.. harap2 la jadik..kalau tak jadik boleh cancel bila-bila masa...time mcm ni baru teringat.. kalau ada kad kredit kan best... hohoho.. tapi apakan daya... hubby memang taknak pakai kad kredit..takut!..

sebenarnya sebelum buat keputusan nak pegi situ, kitorang laki bini sempat bercakar-cakaran.. sempat tumbuk menumbuk.. ehhh ni bukan kes dera tau.. tapi kitorang cakar & tumbuk manja-manja jek diiringi gelak ketawa.. hehehhe.. uweekk!!!.. kenapa lak jadik mcm tuh?? hehhe.. sebenarnya kan incik hubby gi temuduga.. mana la tau kot tetiba incik hubby dapat plak keje gomen tuh (berangan lebih!) & dapat lak tempat jejauh.. aduhhaiii kena pulak pakai duit banyak.. biler gi bercuti tau aje la.. duit mesti habis ribu riban.. kalau dapat lak, mampuih mana nak carik duit dah.. ok itu cerita kalau dapat la.. kalau tak dapat tak pe la.. ni raya lak.. nak guna wit banyak.. mcm2 nak beli.. ni kena cat umah balik, mana tak nyer umah dah penuh dgn hasil kreativiti dan karya cik cocot.. kalau jadik pegi bercuti, wit dah sontot.. kepada kengkawan harap maklum, raya tak bole dtg umah aku.. kalau nak jumpa, jumpa aje kat umah mak aku yek.. hehhee.. baju raya anak2 pulak terpaksa beli kat bundle.. kekkekee.. eh tak la.. main-main aje.. baju dan persiapan semua ala kadar aje la.. beli aje yang mampu.. tapi kalau fikir pasal duit memang tak cukup .. bila diingat balik takut ini kali pertama & terakhir gi luar dari malaysia.. hehhee.. kot hubby dapat keje gomen la.. mana nak mampu lagik gi jenjalan.. kalau setakat dekat2, ok la kot.. hehhee.. tapi mana nak tau kot rezeki tu datang.. eh aku ni keje berangan je la.. hehhe


bab anak2 kena bawak.. bercadang nak gi bulan 6 ni.. cuti sekolah.. mula2 nak la gi berdua2 an.. beromentis di sana..menikmati sesuatu yang indah mcm mula2 kawin dulu tapi difikirkan balik kesian lak anak2 yang nak sangat naik kapal kelbang kata si cocot.. entahlah buntu sesangat bangat... kalau bawak anak2 kos pun berganda.. kalau tak bawak.. haishhh rasa tak sampai hati lak.. entah la.. masih berfikir dan terfikir.. ok kalau tetiba tengok cek dapat bape sen aje, jawabnya percutian akan ditangguhkan dan akan digantikan dengan percutian ke UK iaitu kat Ulu Kenas, K.kangsar, perak.. best jugak tuh.. menikmati air sungai yang penuh dgn kesejukan..bole bawak sanak saudara..kaum keluarga, kengkawan karib dan sesiapa saja yang seangkatan dgnnyer.. hehhehe..


angan-anganku..

No comments: