Apr 19, 2010

Madu!!

baru2 ni cameron highlands belilah saya madu lebah.. kami anak beranak memang minat sangat dgn madu ni terutama cocot.. kalau leka, satu botoi madu tuh boleh habis dlm masa beberapa minit.. hehe..dulu masa mengandungkan anak2 saya amalkan madu khaula tapi harganya membuatkan saya terkedu nak beli tiap2 bulan..hahaa.. tapi kalau mengandung memang saya sanggup demi anak2! sekarang, saya beli je lah madu2 kat pasaran biasa.. hehe..kadang2 saya masukkan madu2 dalam kebanyakan masakan saya..

ceritanya macam ni, masa pegi Cameron saya beli yang betul2 fresh.. siap penjual tuh suh saya rasa yang kat sarang lebah tuh.. memang nyumm..nyumm..nyumm.. pastu dia cakap kat saya jgn letakkan dlm makanan nanti hilang khasiat.. betul kah?? saya rasa mcm tak caya jek sebab bila saya search2 intenet tak de pun cakap hilang khasiat bila diletakkan dalam makanan.. dulu ingat dulu masa mengandung aku amalkan madu, ada makcik tuh tegur, katanya mengandung mana bole makan madu! panas.. nanti anak dalam kandungan ble panas.. tak pun boleh gugur.. eh betoi ke?? ntah la..... urrmmmm!!!entahlah... kat bawah ni saya ambik kat incik google tentang khasiat madu..saja tengah  bosan2 ni.. hehhee



A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH



1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.

2. Memulihkan sel-sel urat besar.

3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.

4. Merangsang tenaga batin.



B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.



1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.

2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.

3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.

4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

                     

KELEBIHAN



1. BAYI/KANAK-KANAK:



a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.

b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.

c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.

d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.





2. REMAJA:



    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.



3. WANITA:



a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.

b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.



4. LELAKI:



a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.

b) Menguatkan tenaga batin.



5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):



    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

         

6. UNTUK SEMUA:



a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.

b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.

c) Memulihkan penyakit berpanjangan.

d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.

e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.

f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.

g) Memulihkan batuk dan lelah.

h) Menghindarkan badan letih dan lesu.

i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.

j) Baik untuk perempuan bersalin.

k) Membantu/menerangkan pemandangan.

         

CARA MENGGUNAKANNYA



1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.

2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)

5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.

6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.

7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.

9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.



"MIRACLE ANTIBI0TIK"



KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH



Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......

disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan

dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA



    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera

    dan luka terlindung dari kuman.

    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan

    lain-lain.

    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.

    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.



MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN



a) Makan bersama roti / biskut.

b) Bahan membuat kuih / kek.

c) Goreng atau panggang ayam.




A) IBU MENGANDUNG

    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung

    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.

    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,

    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.


B) ANAK DALAM KANDUNGAN


    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam

    madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.

    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan

    menguatkan janin.

    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh

    kuasa dalam madu asli.

    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR


    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat

    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa

    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.

    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding

    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.

    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.

    4. Mengelak dari kembung perut bayi.
                  

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK



    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta

    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.

    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

No comments: