Apr 15, 2010

Beruk keluar kandang

tadi hubby ada tnya kat aku apesal ungkit kisah orang cakap anak kita baru beruk keluar kandang??.. dah lepas tuh, lepas la.. biarkan orang cakap mcm tuh... cakap jek alhamdullilah.. semoga anak kita tak mcm tuh...Aku bukan ape, sedih sgt2.. hati ibu mana tak terkilan kalau orang cakap anak kita mcm tuh.. kalau dia nak kata aku mcm2 ok lagik tapi kalau kata anak2 memang sedih sgt2.hubby aku tak tau perasaan aku hanya Allah aje yang tahu perasaan aku..aku yang lahirkan anak2 aku, besarkan diorang.. mengadap diorang.. orang dah jadi ibu tau mcm mana perasaan aku bila anak2 dikatanya begitu.. my laling sori.. i betul2 terluka & thanks sebab banyak bagi kata2 semangat kat i.. dia suh aku redha tapi bolehkah?? aku pun ada cakap kat hubbyku, lagipun n3 tuh aku tujukan pada mak mak atau bapak2 suh tengok anak2..sedikit sebanyak menjadik pengajaran kat aku.. supaya menjadi mama yang prihatin...Ceritanya mcm ni.. aku sedih bila anak aku dimaki mcm tuh pastu tengok orang yang buang2 bayi ni, dera bayi dan semua ni terjadik kat kawan aku baik aku sendiri..hubby aku sendiri tau cerita kawan baik aku ni.. memang depan mak pakai tudung..terpaksa! belakang kemain seksinya.. mak nak anak perfect tapi anaknya  jiwa remaja memberontak, tudung dah hilang, pakaian bertambah seksi..(oppsss tapi aku tak kisah ok!)..Kat rumah kena sembahyang.. kena mengaji..mak ayah pantau..tapi kat luar ronggeng baik punya.. belajar U pulak tak lepas.. dan akhirnya mak bapak dia tau yang dia ni bukan seperti yang mak bapak nak iaitu baik dan sempurna! mak dia tak dapat terima kenyataan..mak dia abaikan dia.. sekarang?? family  tak bahagia mcm dulu.. .. mak dgn anak dah tak bertegur gara-gara kawan aku  yang memberontak.. kesian.. aku sgt2 terluka sebab dia kawan baik aku.. sedih sgt2.. pada aku ngan keluarga aku la tempat dia menumpang kasih.. kadang2 aku rasa nak je jumpa family dia nak cerita keadaan sebenar..anak dia tak sejahat mana.. anak dia jugak manusia biasa.. perlukan kasih sayang, perlukan perhatian seperti remaja lain, bukan dibuang seperti sampah mcm bayi tuh.. hati merana jiwa terlara.. tapi siapa la aku..buat kawan baik aku yang selalu baca blog aku, aku minta maaf sebab aku sayang kat ko sangat2.. aku taknak ko jadik jahat mcm aku.. aku taknak anak2 ko nanti orang panggil beruk keluar kandang seperti aku.. jiwa terseksa ok!.. sampai mati aku takkan penah lupa...

Kedua-dua sahabat aku, aku sayang kat korang sangat2.. aku nak korang sentiasa ingat masih ada tuhan yang sayangkan kita.. aku nak kita sama2 berubah.. aku takut sekali kalau dengar korang ambik benda2 tuh.. aku tak nak korang pergi lagik jauh.. cukuplah apa yang kita buat.. tak best mana pun benda-benda tuh.. akhirnya aku takut korang mati terkangkang jek...

kisah korang berdua telah menjadi pengajaran agar aku lebih berhati2 menjadi mama..tidak hanya memandang anak orang lain.. aku bukanlah mama yang nak anak2 sempurna tapi aku nak jadik yang terbaik utk anak2 aku.. kawan baikku..aku sudi menjadi pendengar setia korang, sumpah aku sayangkan korang.. kalau bole aku nak jumpa family korang, nak ceritakan keadaan korang.. korang tak jahat sebenarnya tapi aku tau korang baik dan mampu jadik terbaik.. barulah orang tak kutuk, tak mengata sampai anak2 cucu.. aku sedih ok.. kalau korang dah ada anak korang akan faham perasaan menjadi ibu.. naluri ibu bila anak2 diperkotak-katik..

wahai ibu-ibu dan bapak-bapak diluar sana.. lihat anak2 anda di belakang anda, jgn asyik melihat anak orang lain kerna belum tentu anak kita baik.. fahamilah anak kita.. kalau bole taknak dah dengar dah buang2 bayi ni.. takut aku! sedih! kesian! adoiiii buat kedua2 sahabat aku aku sayang korang, insyallahh tuhan sedang menduga anda.. buat sahabat ku, aku harap suatu hari ko akan bahagia bersama mak ko.. tak pe, pelan-pelan insyaallah satu hari mak ko akan terima ko dan tak lah sejahat mana..ini la manusia kadang2 jgn ingat kita diatas kita takkan tersungkur..buat sahabatku, nanti kita jemaah sama2 yek..kekeke..buat sahabat aku yang lagik sorang... i missss  uuuuuuu.... bila kita nak jumpa ni.. aku rindu siottttt.... hahahha...

p/s... eh emo lak.. sedih dg yang terjadi di depan mata.. sedih jugak dgn kes2 sekarang ni.. buang anak.. dera anak dan yang terbaru jerut leher anak dgn wayar seterika.. aduhai sedih benor rasanya.. tu la emo semenjak 2 menjak ni.. plak tu terjjadik kat kawan baik sendiri... mak tak peduli anak sehingga anak terabai.. buat mcm2 sampai rasa nak mati dan hidup tak lagik bermakna...

3 comments:

fafa said...

thnkx ceqla phm n sudi bg telinga kamu dgr prob aku hihi tahnkx

fafa said...

thnkx ceqla phm n sudi bg telinga kamu dgr prob aku hihi tahnkx

mama izz + sarip orbit said...

sama-sama Fafa... kamu kawan baik aku sebenarnya kdg2 terfikir pasal kamu ngan family kamu... aku sedih ok!.. aku akan jadikan pengajaran buat aku utk terus didik anak2 aku..