Dec 30, 2009

anak oh anak...

rasa mcm tak percaya lagik beberapa hari anak aku dah masuk darjah satu adik pulak tadika.. eh betul ker ni?? mcm tak caya jek..rasa mcm muda remaja je lagik..haha.. perasan la aku ni.. rasa baru semalam aku melahirkan anak terunaku ini.. budak kembang.. pantang usik skit mesti nak nangis.. hehe..adik pulak cool aje..

sebenarnya aku rasa seronok sgt biler anak2 dah besar nada-nada kemarahan aku mula berkurangan.. anak2 dah pandai memujuk hati mama mereka.. sentiasa memeluk dan cium mama mereka.. sentiasa mengungkap kata rindu pada mama diorang bila berjauhan.. Ya Allah indah betul anak2 kurniaan Illahi ini.. tak terhingga..

kerna anak2 aku tak penah sunyi dgn gelak tawa mereka.. tak penah sunyi dgn usikan mereka..rasa mcm tak percaya anak2 dah membesar bagai johan.. mereka dah bijak.. yeay!! aku dah berjaya besarkan mereka.. haha.. giler ahh aku ni kan.. hahha.. ibu mana tak rasa bangga kan bile mereka dah membesarkan anak2 diorang.. walaupun blum lagik masuk universiti serba sedikit mesti rasa bangga dan seronok tapi jgn bangga lebih2 sudah la.. tak baik tau.. haha..

best kan.. bila anak2 kita dah jadik kawan.. dah boleh berlari sama2.. bole baca buku sama2.. panjat pokok sama2..posing sama-sama.. berkongsi rahsia sama2 dan mcm2 lagik la.. tak tau nak ckp macam mana lagik keseronokkan membesarkan anak2 walau banyak rintangan dan kadang kala aku jadik ala-ala RIKA SUMANTO ibu tiri bawang puteh.. anak2 memang memahami aku.. diorang tau aku garang.. kalau kena memang sakit tapi ade time aku memang sporting.. aku sgt marah kalau diorang tak baca buku.. kalau nak berjalan sekali pun mesti kena mengadap buku walau sekejap.. aku nak diorang jadik budak pandai.. tak nak dipijak2 orang.. ditindas orang.. anak2 aku cukup memahami.. baca la ape sekali pun janji membaca.. diorang tau kalau diorang tak baca rumah bergegar.. hahaha.. diorang dah faham mama diorang macam mana..

oh anak2.. dah besar diorang ni.. masih macam tak sangka.. mcm dlm mimpi pulak... rupanya dah tua aku ni..haha.. sayangnya kat diorang..

tengoklah kami dah bole...


berlari sama-sama

posing sama-sama

main sama-sama


panjat pokok sama-sama




No comments: