Nov 29, 2010

terasa-terasa..

hari kamis ni nak ambik cuti sebab incik somi kata nak cuti.. kalau dia nak ajak jenjalan, nak la cuti.. tak mo la nak ambik cuti suka suki.. cuti tuk tahun ni dah tinggal bape kerat jek.. tapi incik somi cakap nak gi mana pegi la.. tapi dekat2 la.. dlm perak jek.. hurmmm larat ke ntah aku ni nak merayap.. badan tak berapa nak elok lagik ni.. hari tuh nak mintak doktor ubat loya & muntah.. ok skit tapi still lemah .. kalau nak jalan2 badan lemah mcm ni mcm tak best jek..

berbalik kepada kisah nak merayap tadi, hati ni terasa-rasa nak ke Cameron Highlands.. tempatnyer walau tak berapa nak sejuk dah tapi biler tgk bunga2 & ladang2 teh yang menghijau terasa nyaman sekali.. sambil2 tuh minum teh cameron.. fuhh!!!! hahha.. poyo!!

tahun ni saja dah berapa kali ntah gi Cameron.. mcm dah tak de tmpat lain nak pegi tapi aku sgt2 suka sebab teruja tengok bunga2 nya berwarna warni dan angin sepoi2 yang kadang2 menusuk kalbu.. tak lupa jugak ladang teh yang terbentang luas nan menghijau... hehhe..

tempat pilihan kedua yg menjadik pojaan hatiku ialah bercanda di pasiran pantai...rasa2 nak gi penang tapi kalau nak jimat pegi Lumut sudaaa..anak2 kalau disuruh pilih semestinya diorang nak gi pantai.. sambil2 mandi leh jugak main pasir tapi aku lak tak minat.. kalau tiba time tengahari udah panas pasti menyengat.. pastu kalau dah basah2 tuh nak pegi tukar baju cukup la malas nak tukar baju kat tandas dia yang mcm2 bau.. hurmmm...


kalau nak dekat lagik, pegi aje ke Lost World of Tambun.. pejam celik dah sampai.. dekat jek dgn umah tapi biler dekat mcm bosan je kan.. ehhehe



ntah la.. masih blur... ntah2 tak gi mana pun.. pegi keje.. balik umah.. gedebomm.. dok baring jek kat rumah.. tak larat..oleh itu jimat wang dan tenaga...

*sebenarnya rindu sgt2 kat Genting Highlands...





4 comments:

Anne said...

Anne blm lagi sampai ke cameron highland. teringin jugak laaa...

LyNn HaMzAh said...

kalau dah rindu sangat ngan genting highland gie sana jer la kak...mana tahu boleh mengubat rindu tu...hehehehe...

abah_izz said...

pergila ganu ni...byk tempat2 menarik....hi..hi2 promo.

betul tu org jauh2 sanggup dtg jalan2 tempat kita....kita yg dekat tempat tu lak nak gi tempat lain....

mama_izz said...

anne.. nanti dtg la sini.. seronok la jugak ke cameron ni.. hehhe

Lynn.. baget tak cukup.. ni pun gi cuti2 baget jek.. pegi yang mana dekat jek.. hehhe

Abah izz.. jauh bebenor ke ganu.. hehhe.. kalau gi sana bawak duit banyak2 best.. dpt pusing satu ganu... hehhe