Mar 17, 2010

owh lelaki

alahai.. kesian orang ni.. nasihat orang tapi keluarga sendiri tak tau nak jaga.. al-kisah ada seorang lelaki.. selalu sangat nak nasihat hubby aku.. ermmm.. dulu hubby aku la yang selalu mengambil.. menghantar aku dan anak2.. segala urusan semua hubby aku yang tanggung.. hubby aku buat kerna sayang kan aku anak2.. plak tuh dapat isteri yang penakut nak bawak kenderaan bermotor.. ngeee...dengan penuh keterpaksaan dan penuh tanggungjawab, hubby aku tak kisah mengambil & menghantar kami..janji kami bahagia.. dah dkt 7 tahun dia buat kerja anto mengantor ni. ambik mengambik ni... tetiba ada seorang lelaki menasihati hubby aku.. siap aku pun kena tempias.. hish!.. bengang betui aku..tapi ada betul jugak apa katanya.. bole diguna pakai..dia suh aku berdikari.. katanya orang bisnes tak bole diganggu.. orang dan wang datang tak kira masa.. ntah2 time ambik ngantor aku tuh wang masyuk... dan banyak benda lagik la yang dia menasihati kami.. ada yang aku setuju ada yang aku tak setuju.. yang aku tak sutuju bila dia cakap yang duit lagik penting dari keluarga.. kalau ada duit isteri sayang.. anak2 sayang.. semua orang sayang.. kalau tak de duit, sape pun tak nak dekat..geram aku bile dia cakap mcm tuh.. tau la dia dah kaya tapi jangan la perkecilkan orang.. hubby aku cakap kat dia, walau mcm mana pun family 1st.. tanpa diorang, semua ni takkan berhasil.. tanpa family dia takkan bekerja sekeras ini.. siang malam mencari duit demi kami sekeluarga.. mula la dia putar belit cakap.. jgn manjakan isteri.. anak2...jangan ini .. jangan itu.. argghh runsing betul la aku.. akhirnya aku ngan hubby malas nak peduli apa yang dia cakap..

baru ni seseorang telah menjumpai isteri dia dengan lelaki lain.. bukan sekali tapi banyak kali.. ha! ni la jadiknya suami sibuk carik duit sampai lupa tanggungjawab sebagai seorang suami kat rumah.. isteri kesunyian.. oh lelaki, isteri bukan nak duit aje,, ia perlukan belaian.. perlukan kasih sayang seorang lelaki..errrmm kesian lelaki tuh asyik muram durja jek sekarang ni sebab dia pun penah nampak isterinya bersama lelaki lain.. memang la banyak duit isteri sayang.. sayang duit suami dia.la.. bukan sayang suami dia pun.. ngeee..kerjalah..kerja jangan ingat yang ada di rumah.. ko humban la duit kat kelurga ko tapi ingatlah duit yang ko humban tu tak bole buat isteri & anak2 ko rasa gumbira & bahagia..

bagi aku la..aku tak kisah la suami nak berbisnes ke?? nak keje siang dan malam ker.. sekurang-kurangnya ingat la keluarga.. bagi aku duit bukan perkara utama.. aku ingin bahagia.. tapi kalau tak de duit tak best gak kan... tak bole nak menyongkek.. hehee... eh betul la..

tapi pengajarannya kat aku, kerna nasihat lelaki itu jugak aku dah pandai membawa kenderaan bermotor.. aku dah tak kacau hubby aku...hubby aku dah bole tenang dgn kerja-kerjanya.. tak yah lagik nak ambik & anto KAMI.. kesian jugak dia kan.. beban dia sekarang dah ringan.. tetiba jek beban aku menjadik berat.. tapi tak pe la.. aku masih bersyukur kerana punya suami yan masih menyayangi aku & anak2 .. hik..hik.. eh tak mo cakap lebih ..lebih.. entah..entah.....???? ttuutttttt..kena kat batang idung aku baru tau... ngeeeee...


No comments: