Jan 22, 2010

mama... cikgu suruh beli rantai..

lawak pun ade.. terharu pun ade..hehe.. kelmarin danish mintak duit kat aku nak beli rantai..katanya cikgu mintak 9 hinggit.. iskk melalut budak ni nak beli rantai.. buat ape cikgu nak rantai?? memang kompius.. aku malas nak layan.. ye la aku risau gak kot kena peras ugut dgn rakan2 sebaya ke.. ye la mana tak geram.. dlm masa 2 minggu 2botol air hilang.. nak sekolah hari tuh nak sgt air botol spiderman... harganya memang tak berbaloi2.. aku tak bagi beli tapi merengek2 nak jugak.. demi anak, beli aje la..huhuhu.. pastu hilang.. aku beli lak botol air murah sebab kesian tengok dia pakai botol mineral jek..itu pun hilang.. letak merata-rata agaknya.. tu yang bila dia mintak 9 hinggit aku jadi kompius...malas nak layan.. lepas papanya balik diminta papanya pulak duit rm9.. haih buat ape la budak ni nak beli rantai... pastu aku ngan suami aku tanya dia elok2.. dgn lawak2 bodohnya dia jawab dia dapat jadik Ketua kelas.. kena pakai rantai.. cissss ketua kelas kena pakai rantai ker??

biar betui anak aku jadik Ketua Kelas?? haih lagik kompius la aku.. takkan budak nak menipu benda2 mcm ni.. aku buat keputusan esok aku nak jumpa cikgu sekolah dia.. tapi malam tu aku belanja dia nak makan kat Old Town.. nak makan roti ngan ais krim katanya.. saja nak bagi dia seronok..walaupun hatiku agak berbunga-bunga tapi aku masih lagik kompius.. yang papa dia lagik la berbunga-bunga.. padahal bukan dapat anugerah cemerlang pun cuma jadik ketua kelas la.. ye la, mcm mana cikgu bole pilih dia?? kenapa?? setahu aku anak aku ni KEMBANG skit..hehe.. sory sayang.. entahlah.. tak sabar nak tunggu keesokkan harinya nak jumpa cikgu kelas dia..

esoknya gi carik cikgu nyer tapi tak tercari.. tak tau cikgu gi mana.. aku ambik keputusan kol pejabat sekolah tuh dan mintak no. fon cikgu kelas Danish.. lalu tanyalah aku pada cikgu berkenaan.. Ya betul memang Izz Danish di lantik menjadi Ketua Kelas.. lalu aku bertanya lagik.. biar betoi cikgu kenapa cikgu pilih dia coz dia ni mcm tak bole jadik ketua kelas jek.. ketawalah cikgu tuh.. lalu berkatalah cikgu tuh pada aku..anak puan memang berpontensi.. dia antara yang terbaik... tu la pasal saya lantik dia jadi Ketua Kelas.. aduhai.. terdiam aku.. gila ahhh.. biar betul?? tersenyum aku sendirian..pastu aku tanya pada cikgu duit rm9 tuh utk ape?? kata cikgu utk beli necktie.. hehe.. tergelak aku.. rupanya danish tak reti sebut.. necktie dikatanya rantai..hehhe.. lawak tui la.. terharu pun ada..

owh tidak aku tak bole terlalu over coz masih awal dan masih di darjah satu.. masih kena terus didik agar berjaya...baru jadik Ketua Kelas.. bukan Ketua Pengawas.. tapi aku tetap berbangga.. Ye la sebagai seorang ibu yang menjaga dan mendidik mana tak bangga kalau cikgu kata dia antara yang terbaik..syukur alhamdullilah..

moga anak-anakkku terus berusaha.. berjaya dan berjaya.. i luv u cayang...

1 comment:

farra8979 said...

sweetnye.. sti comel dia kan jd ketua kelas...