Jan 23, 2009

perginya temanku..

Tarikh 19 jan tarikh yang agak menyedihkan aku.. perginye seorang teman Pn. Hajah Rohaizah..Dia meninggal pada 18 Jan 2009.. isk! sedih gler aku... bukan ape dia memang seorng teman dan kawan yang baik... perginya juga bukan kerana penyakitnye tapi kerana melahirkan anak... Sebenarnya k.izah tua setahun dari aku.. kami sama-sama bekerja di Pejabat Tanah & Daerah K.Kangsar.. Kami berkawan rapat sampai la sekarang.. aku ingat lagi pesanannya sebelum dia bersalin..dia hantar sms kat aku pada 16.10.2008.. masa tu besday aku... "Ceqla, selamat hari lahir.. semoga panjang umur dan murah rezeki, doakan kak izah selamat melahirkan anak"... uikss!! masa tuh aku betul2 terkejut sebab seingat aku dah 3 kali dia mengandung.. tapi anaknya semua meninggal dan yang paling aku tak lupakan anak ke 2nya adalah anak perempuan kembar.. Sebenarnya kesihatan k.izah tak berapa baik tapi aku tak tau nak ckp penyakit ape.. tapi seingat aku k.izah penah ckp yg penyakitnya bermula dari demam kuning sejak darjah satu... sehinggalah hari ini darahnyer sentiasa tak cukup dan masa bersalin dia menghadapi komplikasi pendarahan... aku tabik pada k.izah walaupun kesihatannya tak berapa baik dia sentiasa mencuba utk melahirkan insan di muka bumi ini... darah dangingnyer sendiri ... aku tahu k.izah seorg yg baik, sabar dan tabah... Kalau org lain pasti takkan melakukan ini...

aku sangat2 sedih sebab aku tau dia meninggal selepas satu hari dia dikebumikan.. kalau aku tau dah lama aku gi jenguk hari2 terakhirnye... sebenarnya aku bukan taknak gi jenguk dia tapi aku yakin dia akan sihat kerana sebelum ni pun dia masuk icu selepas 2 kali bersalin.. jugak menghadapi komplikasi pendarahan.. selepas tu dia sihat walafiat.. Jadi kali ketiga ni aku benar2 yakin dan berdoa yg dia akan sihat semula... tapi fikiranku melesat kerna anak-anaknya yg seramai 4 org itu telah menunggunya di sana.. lebih memerlukan ibunya di sana..." Ya Allah tempatkan tempatkanlah temanku ini di sisimu di sisi org2 yg beriman...."

K.Izah.. aku sentiasa merinduimu... dah tak ade lagi smsmu mengucapkan selamat hari lahir setiap tahun.. saat yang aku nanti darimu... setiap tahun hanya kau yg sentiasa ingat dan mengucapkan selain suamiku... K.Izah amanlah dikau di sana bersama cahaya matamu.. Aku sentiasa mendoakanmu.. semoga rohmu dicucuri rahmat...

1 comment:

aKu AdaLaH aKu said...

ish!!! sedih nyer.... cam nak nangis jew....
waaaaa :(