Mar 23, 2011

AISY pilihanku...

Korang masa ngandung bape bulan ek bubuh nama anak...?? aku ni baru jek ngandung 6 bulan lebih udah menggedik nak carik nama baby.. sejak akhir2 ni ramai yang bubuh nama AISY... aku pun carik la dlm buku panduan menamakan bayi.. dan maksudnyer.. MEWAH/KAYA.. owhh tak bole jadik ni.. kena bubuh jugak nama AISY ni... sok kaya raya aku sebagai mama dia jugak yang senang kan!!! hahhaha...

ok..ok.. sebenarnya aku gurau2 jek.. tak harap pun anak jadik kaya raya.. jadi insan yang berguna pun dah cukup berbangga... lagipun panggilan suami aku dikalangan keluarga, sepupu sepapat, adik beradik ialah AISY... idok la pulok laki aku kaya raya ... hehhee... tapi heran betoi la punya sedap nama laki aku Sarip Dol kengkawan panggil.. hampeh tul la.. 

ok berbalik kepada nama anak2... dua2 anak incik somi yang bubuh dan kali ni dia serahkan pada aku utk bubuh tapi yang aku bengang biler aku bubuh ade jek yang tak kena.. tak sedap la.. mcm nama pompuan la.. maksud dia tak best la.. hadoiii ate biler aku suruh dia cari blurr katanya.. dulu bukan main lagik aku nak bubuh tak dibaginyer aku buat pilihan..kali ni bluurr plak katanya.. dia suruh aku cari nama yang ade maksud bijak ke.. pandai ker .. sebab anak sulung Izz Danish Irfan.. maksud Danish tu BERPENGETAHUAN / BIJAK..  Yang kedua ni Izz Damia Aleesya.. maksud DAMIA tuh pun lebih kurang KEBIJAKSANAA/KEBERKATAN.. dan yang ketiga dia suh bubuh nama2 yang ade maksud lebih kurang mcm tuh la bukan KAYA RAYA yang seperti aku inginkan ..hahhaha...

ape kata ketika memberi nama anak, baca doa ni.. aku dah amalkan sejak anak sulung lagik.. alhamdullilah walaupun panjang lebor nama anak2 aku, serasi jugak lah..

"Ya Allah, jadikanlah nama ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada engkau pekerjaannya dan barang yang Engkau redai menjadi cita-citanya. Menurut ilmumu menjadi perjuangan dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada Rasul-mu. Jadikanlah badannnya dalam keadaan sihat walafiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para nabi-nabimu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani"..... 

 amin... 


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:-


"SESUNGGUHNYA KAMU AKAN DISERU PADA HARI KIAMAT DENGAN NAMA-NAMA KAMU, DAN NAMA-NAMA BAPA KAMU, MAKA INDAHKAN NAMA KAMU ITU."

(HR Abu Daud)



4 comments:

Panglima Muda said...

baca byk byk suruh yusof cik kak oiii..anak cantik tau

mama_izz said...

Panglima muda... Yups!! itu semestinyer.. hehe

mama_izz said...

Panglima muda... Yups!! itu semestinyer.. hehe

mama_izz said...
This comment has been removed by the author.