Nov 4, 2010

Jom ikut cara orang Yahudi...

aduhh tak tahan rasanya menghadapi fasa2 ini..loya2.. apa yang di makan semua nyer kuar balik.. dah ramai yg menegur apesal bertambah2 kurus?? aik baru je ngandung beberapa minggu takkan cepat sangat turun mendadak.. bukan sorang dua yang menegur tapi ramai.. hadoiii ni yang merisaukan aku... dah la kurus, bertambah la keringnye... hehhe....

baru beberapa minggu jek.. jgn excited sangat tak baik untuk kesihatan...mcm2 bole jadik dlm keadaan sekarang ni tp tetiba rasa seronok sgt2  sampai tidur pun tak lena.. mandi pun malas.. hahhah.. walaupun bukan anak pertama tapi tetap rasa teruja bangat biler ada orang baru yang akan hadir dlm hidup ni.. insyaallah.. .

incik somi pun biler diberitahu, senyum melebar jek.. pastu siap cakap.. ni last tau.. saya dah tua.. hahha.. dulu pun cakap last jugak tapi biler anak2 dah besar ade hati pulak nak menambah.. hehhe.. ape-apepun terpulang pada rezeki.. kalau ade, ade la.. kalau tak de, pun tak pe... yang ade pun udah tak larat nak kejar.. hehhee...

ok walaupun masih kandungan masih kecik molek tapi persediaan awal harus dilakukan.... pemakanan jugak harus di jaga... korang tau tak kenapa orang Yahudi bijak pandai??... sape2 yang mengandung jom kita ikut persiapan awal yahudi menjaga kandungan meraka...tak salahkan kalau ikut ikut benda2 yang baik ni dan sape taknak anak2 yang kita lahirkan bakal menjadik anak2 yang bijak.. hehhee...


Permakanan
  • Banyakkan makan kacang badam, buah kurma...kekacang, sayur. Ni memang penting. Dalam Islam pon, di galakkan makan kacang untuk stimulate otak supaya jadi cergas dan cerdas. Menu utama orang Israel adalah badam dan salad.
  • Minum susu
  • Banyakkan makan daging ikan dan jangan makan kepala apa jua jenis ikan sebab bahan kimia di kepala ikan tu tak bagus untuk otak. Tabiat pemakanan ikan ni berkesan dan dibuktikan dengan tabiat memakan sushi oleh masyarakat Jepun.
  • Makan buah-buahan sebelum makan nasi ataupun sumber karbohidrat yang lain kerana kalau makan nasi dulu akan menyebabkan mengantuk dan malas. Oh..ini juga adalah sunah nabi SAW.. :)
  • Menu ikan dan daging haruslah di asingkan. Dalam Islam pon ada menegah..jangan makan daging dan ikan dalam 1 hidangan yang sama. Sebab akan menyebabkan penyakit....
  • Pil minyak ikan. Beli dan makan...untuk otak anak dalam kandungan.



Cara hidup ketika mengandung
  • Cara hidup yang diamalkan oleh ibu mengandung bagi masyarakat yang mendominasi 1/2 daripada perniagaan dunia si Israel ini ialah:
  • Menyanyi dan bermain piano. Ataupun dengar muzik3 yang ada unsur-unsur violin ataupun piano. Bukan dangdut atau hindustan (jeling3) :P
  • Menyelesaikan masalah matematik. Bagi orang Israel, menyelesaikan masalah matematik adalah penting untuk melatih otak baby dalam kandungan. Lakukan secara konsisten dan berterusan sehingga bayi lahir.
  • Merokok = diingatkan kepada para bapa atau ibu yang merokok. Nikotin pada rokok itu akan merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat ke genes. Apabila genes ini ada masalah kecacatan pada otak, maka seluruh keturunan perokok itu tadi akan menjadi generasi yang cacat otak. Merokok yang dikatakan bagus untuk menghilangkan tekanan ini juga merupakan alternatif yang sangat bagus dan berkesan untuk melahirkan generasi yang lembab dan dungu..Jadi teruskan merokok sekiranya ini yang diidamkan.

Selain itu, sebagai orang islam.. kita digalakkan membaca Al-Quran.. berzikir dan berdoa.. Semoga anak2 kita yang bakal lahir menjadi anak2 dari keturunan yang bijak pandai... 


Kajian diatas dibuat oleh seorang doktor yang bernama Dr. Stephen Carr Leon.... 



Kalau korang nak tau lebih lanjut, artikel2 ni banyak terdapat di dalam blog2 dan forum2 dan saya copy paste di sini..http://www.mrmrsimran.com/2010/09/03/kenapa-yahudi-bijak/

6 comments:

Diela Zaimi said...

wahhh tahniah ye mama izz...
x lama lagi dpt baby baru...
huhu jelesnya...
takpe, kene usaha lg ni...
Allah dh sediakan rezeki utk hamba-NYa...
yg penting jgn stop berusaha...
take care mama izz... ;)

mama_izz said...

tq Diela... tak pe.. usaha lebih sikit.. insyaallah ade tuh.. cuma lambat dgn cepat jek.. good luck diela.. hehee

wana said...

cheqla pregnant ye..
tahniah ye!

akhirnya dpt gak cium bau bb kan..

selamat menempuh tempoh2 yg meloyakan ni ye..b'sabar la byk2..

mama_izz said...

a'ah kak wana.. tq kak wana... hehhe

LyNn HaMzAh said...

akak, preggy juga yer...tahniah la...bersama-sama la kita preggy yer kak...hehehehe...

lily azliyana @ mama zara said...

wahhhh..preknen juga rupenyer yek..congrats!!..=D