Nov 2, 2010

Doa mohon zuriat...

kawan2 yang masih belum ade zuriat, jom cuba..... 




DOA' MOHON ZURIAT

untuk rawatan kepada yg tidak memperolehi zuriat, kombinasi bacaan doa'nya ialah;

1)surah al-Fatihah

2)doa seperti berikut : robbi la tazarni fardon wa anta khoirul warisin ( al-anbiya':89)
(maksud: "wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan engkau jua
sebaik-baik Yang Mewarisi").

robbi habli milladunka zurriyatan toiyibah, innaka sami'uddua' (ali'imran:38)
(maksud: "Wahai Tuhanku! kurniakan daku dari sisiMU zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar
(menerima doa permohonan")

awalam yarollazi nakafaru annassamawati wal ardho kanatarotqon fafataqnahuma, waja'alna minalmaaaa 
ikulla shaiin hai', afala yu'minun. (al-anbiya':30)
(maksud: "Dan tidakkah org2 kafir itu memikirkan dan mempercayai bhw sesunggunya langit dan bumi itu pada asal
mulanya bercantum (sebagai benda yg satu),lalu Kami pisahkan antara keduanya,dan Kami jadikan dari air,
tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.


3)seterusnya doa' berikut dibaca 7 kali: subhana man amruhu bainal kafi wannun. subhana man amruhuuuu izaaa aroda syai an anyakulalahu kun fayakun.
as alullah hal a'zima rabbal arshil 'azimi anyashfiyak.
(maksud: MAha suci Tuhan yg urusannya antara "Kaf" dan "Nun". Maha suci Tuhan yg urusannya apabila Dia 
mengkehendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah!", maka akan jadilah. Aku bermohon kepada Allah yg Maha Agung
, Tuhan yg memiliki Arasy yg agung agar Dia menyembuhkan.


lepas solat leh la baca doa' ni. nabi zakaria dulu pun baca doa (ali 'imran ayat 38) mohon zuriat drpd Allah..tapi sy cadangkan sahabat2 refer blik kt al-quran ayat2 di atas supaya betul bacaan pjg pendek nya...
sama2 kita amalkan...semoga diberkati Allah...

3 comments:

LyNn HaMzAh said...

good info nie kak...

Diela Zaimi said...

thanx a lot mama izz...
tips yg sgt berguna...
minta izin utk share info ni dlm blog sy plak ye...
sy akan letak link blog akak...
tq... ;)

eKa said...

salam....saya nak sahre ni boleh tak