Sep 23, 2010

Wanita cantik kurang bijak....


masa jenjalan tadi terjumpa fakta ni.. sangat menarik dan tertarik.. serious!!! aku memang teruja membacanya.... anda dalam kategori mana?? hahhaha... 


Kajian baru mengesahkan lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik.

Tinjauan menunjukkan 73 peratus lelaki lebih berkemungkinan memilih gadis seperti pemenang siri Celebrity Big Brother's, Chantelle Houghton berbanding bintang Cabaran Universiti, Gail Trimble.

Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka. Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak.

Bagaimanapun, hampir tiga perempat wanita berkata mereka mencari lelaki bijak berbanding wajah kerana lelaki kacak terlalu sombong sebaliknya lelaki bijak boleh menyediakan kesenangan kepada mereka.

Cuma seorang dalam 10 wanita memilih lelaki kacak berbanding yang bijak kerana 'seks pastinya lebih baik'






bagi saya la...


Memang majoritinya lelaki atau perempuan suka kepada yang cantik dan bukankah kecantikan itu satu keindahan.Cantik tu kan subjektif? setiap orang itu punyai definasi cantik yang tersendiri. Kekadang kekurangan yang ada pada paras rupa seorang wanita itu menjadi idaman sesetengah lelaki jugak mungkin dia terpikat dengan kesopanan dan keikhlasan dan tak semestinya cantik jer, jadi kecantikan paras rupa itu tidak menjadi batu ukuran. kecantikan seorang wanita itu adalah anugerah Allah.. kita tak minta jadik cantik dan kita tidak minta untuk jadik tak cantik.. perempuan cantik + bijak pandai adalah satu pakej yang menarik utk kaum lelaki.. ape-ape pun terpulang pada pendapat masing-masing.. hanya diri kita yang tahu menilainya.. 

2 comments:

MrS. F!zA said...

tipu..tipu.. tak cayelah.. hahahahaha

abah_izz said...

bagi yang bergelar Lelaki...“Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” Sabda Rasulullah...