May 20, 2010

kau telah pergi..

sakit-sakit ni teringat pulak 2 sahabat aku yang telah pergi... aduhai terasa rindu pulak kat mereka berdua.. diorang teman baik aku masa bekerja di Pejabat Tanah & Daerah K.Kangsar.. sangat baik.. sorang tuh nama dia munirah.. aku panggil dia kak are.. masa dia tingkatan 3 dia di serang penyakit kulit.. kulit menjadik kering dan mengelupas... jari2 menjadik bulat.. bibir menjadik nipis..mata menjadik bulat.. aku teringat masa dia nak gi cabut gigi, bibir dia terkoyak sampai ke pipi.. mungkin kulit dia sensitif.. cabut gigi bibir lak yang terkoyak.. aduhh memang ngeri dan menyakitkan.. tapi kak are ok.. sentiasa cool.. tak malu dan segan berhadapan ngan orang.. mula2 aku terkejut jugak biler dia masuk keje ngan aku.. muka dia yang lain dari yang lain.. tangan dia dan tubuhnya yang kurus.. lama2 aku jadik lali.. ternyata kak are orang yang sgt baik.. aku ingat impian kak are memakai kereta berwarna kuning.. selalu dia cakap kat aku.. memang itu impian dia.. akhirnya kak are dapat keje yang lebih baik di Putrajaya.. kak are meninggal di sana akibat demam dan mungkin ada kaitan dengan penyakitnya.. aku penah tengok gambar2 kak are sebelum kena penyakit ni.. memang cantik.. ala-ala anak mummy gitu..masa aku tengok jenazah, aku terpegun.. jenazah kak are seolah2 tersenyum.. wallahualam

sahabat aku yang kedua lak meninggal akibat bersalin.. namanya rohaizah.. aku panggil dia kak izah.. kak izah dapat penyakit kuning sejak dari darjah satu tak salah aku..  akhirnya limpa kak izah tak berfungsi.. tak kak izah still sihat walafiat.. teringat aku, bila aje tiba musim durian kami bertenggek di kebun kak izah.. carik durian.. memang pengalaman yang istimewa.. tak lama kemudian, kak izah kahwin dan dapat keje di Balai Polis K.Kangsar.. kak izah mengandung.. anak sulung dia meninggal... kak izah bersalin lagik.. kali ni anak kembar.. meninggal jugak kedua anaknya dan yang ketiga, kak izah mengandung jugak tapi kak izah pergi bersama anak2 anaknya.. Ya Allah masa tuh sedih aku rasa.. bnyak rahsia antara kami.. kak izah pernah cakap yang dia tak bole mengandung.. doktor tak bagi.. tapi kuasa Allah kak Izah mengandung tapi dia pergi bersama kelima2 anaknya.. tinggallah suaminya bersendirian.paling sedih aku tak dapat tengok jenazahnya.. aku tau pun suami dia sms sehari selepas kak izah di kebumikan.. sedih teramat2.. kak izah orangnya sangat cantik.. putih.. gebu.. tapi dia anak yatim piatu.. mak ayah dia pergi masa dia kecik lagi.. nasib baik ada mak tiri dia yang menjaga dia hingga la kawin.. suami dia yang paling tabah.. paling cekal menjaga kak izah.. aku memang kagum dgn mereka suami isteri..

kali terakhir aku jumpa kak izah masa kak are meninggal.. terkejut kata2 dia masa tuh.. "sepatutnya kak izah ada di tempat kak are"... sebelum ni kak izah koma.. doktor pun cakap kak izah tak de peluang utk hidup dan akhirnya kak izah pergi jugak.. sedihnyer!!!!.. yang paling istimewa kak izah ingat besday aku.. sebelum suami aku ucap dia dah call atau sms dulu.. kali terakhir masa besday aku yang ke-27 , dia sms aku, ucap selamat hari lahir.. dan diakhir ayatnyer di tulis.. doakan kak izah selamat bersalin kali ni.. aku memang terkejut dia mengandung kali ketiga..dan di bulan kelahiran aku itu jugak iaitu bulan 10, kak izah pergi.. sama tahun dgn kak are meninggal..

Kak Izah dan Kak are meninggal di usia muda.. dalam 20-an tak salah aku..mereka sahabat aku yang takkan pernah aku lupa.. kak izah.. kak are.. amanlah di sana.. moga syurgalah tempatmu.. Al-Fatihah...

No comments: