Mar 14, 2010

Saya ingin..

saya teringin sangat2 anak2 saya menjadi seperti keluarga sebelah hubby..tapi bukan seperti hubby saya. keke.. tak de la.. tapi saya kagum dgn  hubby saya sebab banyak berkorban demi adik2 nya.. errmm dan alhamdullilah adik2 hubby berjaya dlm bidang masing2.. saya jugak mahu anak2 saya jadik mcm bapa2 saudaranya...

hubbyku terchenta adalah anak sulung dari 6 beradik.. adik keduanya ada seorang pensyarah di Universiti Malaya.. Dia baru jugak balik dari Luar Negara sambung belajar di sana.. saya benar2 kagum dgn dia.. Dia jugak salah seorang Pemain Tenis Malaysia..alhamdullilah dia dah pun mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati tersayang yang jugak pensyarah di UITM Shah Alam.. saya bertambah syukur sangat2 sebab tak lama lagik diorang ber2 akan sambung pelajaran ke Peringkat PHD bersama-sama.. alhamdullilah.. Semoga diorang berjaya...


Adik Ipar ke-3 ku pulak tak kurang hebatnya.. sekarang menjadik Pensyarah di UITM Seri Iskandar.. alhamdullilah.. tak lama lagik jugak akan menyambung pelajarannya dlm peringkat Master
di mana ntah...tak ingat lorr.. tapi kat dalam Malaysia jugak la..

Adik ke-4 lak..melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di UITM Shah Alam..adik ke-5 dan ke-6 .. masih bersekolah.. alhamdullilah..

ni la gambar adik beradik hubby .. saya sgt2 sayang diorang.. lama dah kami tak berkumpul atas kesibukan masing.. kalau tak ada aje benda yang nak kami ceritakan..

kalau bole saya nak anak2 saya menjadik seperti diorang,, berjaya seperti diorang.. tabah seperti diorang.. harungi kehidupan yang penuh mencabar dgn tenang.. susah mana pun diorang tetap bertahan.. sekarang diorang telah berjaya dlm pelajaran.. begitulah hendaknya saya pada anak2 tapi kalau anak2 saya tak jadik mcm diorang, saya tetap terima.. mungkin ada hikmah di sebalik semua nyer...

No comments: