Mar 24, 2010

jgn rampas hak anak2 kita..

tadi masa jenjalan tengok blog kak eynda terbaca kisah anak2 .. kebanyakan ibu bapa telah merampas hak anak2 kita bermain.. golongan ibu bapa itu adalah termasuk dlm golongan saya!.. hehhe.. itu dulu.. masa danish berusia 5 tahun.. tapi sekarang alhamdullilah saya sudah sedar kembali...

Seusia 5 tahun danish dihantar ke Tadika.. kemudian smart reader dan mengaji.. malam pulak dia dibelenggu dgn kerja sekolah yang banyak.. perlu mendengar cd2 Smart Reader dan menghafal Smart Reader nyer.. memang memenatkan.. aku yang duduk sebelah dia pun penat... penat mengajar dan penat pegang hanger.. si Danish adakalanya takot dengan aku dan kalau dia tak siapkan keje2 sekolahnyer dan tak menghafal, dia pulak takut dengar cikgunya.. baru aje aku bukak mulut, Danish dah menggeletar.. takut hanger yang aku pegang kena piap kat badan dia..   dek kegarangan mamanya dan cikgunya Danish mula murung.... tak sempat lansung dia nak bermain2 apatah lagik bermesra dgn mama papanya yang sentiasa sibuk.... penat dan sebagainya.. Astro pulak aku potong sebab kartun la kerjanya.. mama dan papanya pulak asyik bertengkar kerana tidak sanggup melihat Danish di dera dengan kerja2 yang melambak2..

Danish menjadik seorang yang murung dirumah.. takut dan sebagainya.. sekolah pun mcm tak mau pegi.. aku dera mental dia kerana nak Danish jadik pandai.. nak dia jadik yang terbaik... aku gi sekolah tanya perkembangan Danish di sekolah.. terkejut dengan kata cikgunya.. "anak puan sangat slow"! pastu cikgu tu siap perli aku .. "ni kalau hantar sekolah tadika biasa dia ok la"... dia tak bole ikut budak2 pandai kat sini".. Ya Allah, aku sangat2 sedih padahal aku ngan hubby dah sehabisnya untuk Danish.. dihantar ke Tadika terbaik.. aku mcm terdesak nak anak pandai.. lepas cikgu cakap mcm tuh aku menangis semahunya.. apa lagik danish jadik mangsa.. piap2 aku kenakan dia.. dia semakin murung... aku ngan hubby lak asyik bertengkar.. ada aje yang tak kena.. aku pun jadik stress.. aku ngan anak & hubby semakin jauh..

nasib baik aku tersedar cepat.. aku carik bahan kat internet mcm mana nak mendidik anak.. aku jumpa orang tua yang anak-anaknya berjaya.. aku mintak petua.. aku jumpa orang berilmu.. mintak doa2 penerang hati.. aku berusaha lebih keras agar anak2 aku berjaya... rupanya silap aku.. silap aku mendidik anak2 aku.. mereka perlu hak2 bermain.. mereka perlu dibelai.. bukan dipaksa utk PANDAI kerana budak2 yang lahir memang dijadikan Allah pandai.. cuma kita yang kena tahu mendidiknya...

kata putus, aku dan hubby takkan lagik menghantar Danish di Tadika Terbaik tersebut.. aku nak hantar dia tadika PRA kerajaan biasa.. ongkos pun jimat.. tak yang nak keluar yuran beribu semata2 nak anak pandai..aku lak jadik seorang mama yang tak sehebat (garang) dulu.. dah slow.. kalau anak dah tak mampu buat kerja sekolah, aku suh berhenti itupun kalau dia benar2 tak larat.. kalau masih mampu aku paksa jugak.. pastu bergilir2 ngan suami mengajar Danish.. tak yah susah2 pegang hanger lagik.. aku jugak perlukan ruang untuk berehat.. nasib baik aku tak masak kat rumah.. kedai yang tolong masakkan.. kalau tak memang aku tak mampu mengadap Danish.. setiap malam bukan sejam dua dia belajar & menghafal..sampai kul 12 pun tak tidur lagik.. aku dah tak paksa dia untuk PANDAI.. aku pun tak stress... kalau aku terpaksa piap Danish pun, sebelum tidur aku minta maaf kat Danish.. aku cakap yang aku buat semua ni untuk dia.. aku janji kalau dia pandai aku takkan piap dia lagik.. meleleh air mata danish.. mungkin dia faham apa yang mama dia cakap...

mulai aku menjadik mama yang tak garang, danish dah mula ceria.. tak lagik kusut.. dah nampak tak stress.. aku pun gumbira..aku tak paksa lagik dia menghafal Smart Reader nyer.. tahun depan aku nekad no more smard reader.. bukan smart reader tak elok atau tak baik cuma Danish memang tak mampu belajar smart reader.. Danish tak pening, aku pun tak runsing.. mungkin benar cakap cikgu tuh yang Danish slow.. tak layak dihantar tadika mahal macam tadika miliknya.. aku kena terima segala takdir ini.. aku kena hadapi dugaan ini.. akhirnya masa sain report card Danish, cikgu bagi sekali borang untuk mendaftar tahun depan.. aku tak isi pun, aku dah daftar Danish ke sekolah lain! kemudian cikgu tu cakap.. " anak awak bagus".. pelajaran sangat meningkat.. saya betul2 tak sangka... anak awak dah kalahkan budak2 yang saya sangka pandai kat sini:... arrghhh malas aku nak layan cikgu ni.. pastu nak kondem anak orang lain pulak.. aku rasa dia cuma nak pujuk aku suh daftar utk tahun depan.. kalau sorang budak tak daftar, kat situ dia dah rugi beribu riban.. padan muka...

seusia 6 tahun masuk la Danish ke sekolah PRA tadika kerajaan biasa.. diajar ape2 yang perlu sahaja.. Smart reader aku tolak ketepi sebab Danish memang tak mampu... alhamdullilah Danish menunjukkan peningkatan yang amat ketara.. betul jugak kata cikgu Danish tadi, Danish hanya layak di tadika biasa... kusss semangat jimat banyak duit aku.. Danish pulak.. alhamdullilah.. aku ngan suami pulak semakin seronok.. semakin bahagia.. tak de nak perang lagik pasal anak.. kalau Danish dapat markah rendah, aku ajar dia satu persatu.. ajar dia dengan penuh kasih sayang.. tapi kalau melampau sangat baru aku piap!... yup! semua salah aku.. kemaruk sgt nak anak Pandai... sekarang?? didik anak dengan penuh kasih sayang...hari sabtu & ahad hari enjoy!.. tengok kartun.. tengok cd.. bawak anak2 jalan2... cuti2 malaysia.. tengok wayang,,kalau diorang teringin panjat pokok, aku ngan hubby join sekali panjat pokok... kalau nak mandi kolam, kami terjum sama2.. kalau diorang nak main game.. kami main sama2..baca buku sama-sama..tapi setiap harus buat homework dan kalau tak de homework kena study sekurang-kurangnya 1 jam..  alhamdullilah pelajaran Danish menunjukkan peningkatan yang amat baik.. sampai dipilih menjadik ketua kelas di kelas yang pertama cukup memadai buat aku berbangga... alhamdullilah.. aku sudah sampai ke tahap pertama.. masih panjang lagik yang perlu aku lalui..

Setiap hari Danish ceria... aku seronok tengok dia tersenyum bila balik sekolah... Danish sudah pandai menghargai mamanya.. sudah pandai berterima kasih di setiap apa yang aku buat.. contohnya sesudah aku ajarkan dia, dia sudah pandai ucap "THANK YOU MAMA".. I LUV U.. bila time tidur & hantar dia kesekolah pulak, kalau aku terlupa nak kiss pipi dia, dia akan cakap, "mama taknak kiss abang ker??" kadang2 biler aku kata dia busuk, cepat dia pakai bedak supaya aku akan cakap dia wangi..wah.. sejuk perut aku.. kadang2 rasa nak menangis mengenangkan kesilapan lalu aku.. anak2 benar2 menginginkan dan didik dgn kasih sayang.. Aku tersalah langkah dan aku bernasib baik cepat tersedar.. hubby banyak bantu aku menjadi seorang yang penyabar.... dan bile difikir2 inilah gunanya internet.. cari bahan berguna.. cari ilmu.. bertukar2 pendapat dan sebagainya.. sekarang aku udah menjadi mama yang sporting tapi garang! auwwwmmmm... anak2 aku ceria, aku terasa amat bahagia sgt2.. hubby lak semakin cinta bangat kat aku.. kekekke..

owh lagik satu sekarang saya udah ada masa nak update blog & FB saya hari2.. kekeke.. tiada lagik kekangan masa..  sesudah anak2 belajar apa lagik... ngadap la komputer bape jam tanpa ada rasa stress dan gungguan mental.. hehhehe..aku bersyukur di atas segala yang berlaku.. alhamdullilah...

KAMI berlari bersama-sama

KAMI melompat bersama-sama

 bermain sama-sama..

 memanjat pokok bersama-sama

KAMI membaca sama-sama...

buat anak2..mama sayang korang.. mama nak jadik mama yang terbest utk korang.. nak nak bahagiakan korang seumur hidup dan ingin menjadikan anak2 mama yang terbaik diantara yang terbaik.. insyaallah....maafkan mama diatas segala kelemahan mama ini.. i luv u anak-anak bucukku..

2 comments:

Vee Violet ~vLockheart~ said...

bahagianye... :)

mama_izz said...

tq Vee.. belajar dari kesilapan bole buat kita bahagia.. heehhe