Feb 12, 2010

Whisper Your Love Contest

nak join contest dari Cik Farhana.. Saya tahu contest ni dari Malaysia Giveaway.. Jom kita join ramai-ramai contest ni.. kalau nak tau lebih lanjut KLIP KLAP kat sini

syarat2 sangat la saya suka bangat sebab meluahkan perasaan pada insan tersayang..huhu..

isk malu la.. tapi mau.. hahha..

sayang..

teringat akan daku saat kiter bertemu di sebuah stor burger di stesen keretapi K.Kangsar 11 tahun dulu... mata bertentang mata.. tetiba terasa ada Chemistry antara kita...seperti ada getaran hebat di dadaku.. tetiba jantung terasa berdebar-debar dan berdenyut kencang.. ahhh adakah aku telah jatuh hati padamu.. cisss... tak sanggup aku kerna kau bukan lelaki idamanku.. berkulit hitam. kontot pulak tuh ... tiba-tiba kau datang padaku seperti kau tahu apa yang kurasakan.. terus kau jumpa aku dan dengan muka tak malu ko mintak no. telefon aku.. tak mau la aku sebab ko hanyalah penjual beger... hahaha... (jgn marah ye sayang)... tapi tetiba kau membuat lawak yang aku rasa bodoh.. aku ingat lagik ape yang kau cakap.. "KAU NAK AKU TAK"?.. gentleman la konon..isk nyampah aku..hahhaha

malam tidurku tak lena tetiba teringatkan kau.. teringat wajahmu yang hitam tapi menawan.. hahha.. teringat lawak bodohmu di malam itu.. walaupun aku rasa bodoh tapi seperti ada getaran hebat di dadaku.. haih adakah aku telah jatuh hati pada kau..kau.. dan kau... tapi kau bukan lelaki idamanku.. Keesokkannya kau telefon aku.. ajak aku keluar.. gila ape?? baru jumpa nak keluar?? tapi aku semakin seronok pulak bersembang dengan penjual beger ni.. hahah.. tetiba semakin lama aku rasa bagai dipanah asmara.. aku rasa rindu nak tengok wajahmu.. apa lagik, aku pun keluarlah dengan kau..

Berjumpalah kita di sebuah kedai makan.. Ya Allah sangkaan ku meleset, rupanya kau bukan penjual beger sekadar membantu kawan dan kau sebenarnya seorang yang berkerjaya walaupun tak lah hebat mana pun.. haih aku ape lagik.. bling..bling..terus melayan dan terus melayan...rupanya kami memang serasi bersama semakin lama aku semakin selesa bersama dgn kau..akhirnya tak sampai beberapa hari kita dah bercintan-cintun.. kita dah mcm belangkas.. sehari tak jumpa mesti rindu-rinduan.. kau dan aku dah macam gam... Semakin lama kita dah tak boleh dipisahkan lagik lalu akibat dari kegatalan kita, kita kahwin di usia muda remaja.. sayang ingat tak??

oh sayang...

jejaka idaman kalbuku... cintamu menusuk kalbuku... Kau lelaki antara berjuta idamanku... walaupun kau tak sehensem Brad Pitt.. tak segagah Hugh Jackman tapi kau tetap seksi di mataku... Kau sering bersamaku saat aku susah.. senang.. ketawa.. menangis dan saat-saat aku memerlukanmu..Kau juga sering membantu aku saat-saat aku memerlukan bantuanmu.. tapi kadang-kadang aku geram.. nak jek aku tutttttt kau tapi apakan daya, kau adalah suamiku. aku harus taat padamu supaya aku dapat pahala..hahha

oh sayang..

Jantung hatiku.. terima kasih kerana kau, aku punya sepasang cahaya mata yang comel sepertiku..sentiasa buat aku gumbira.. sentiasa membuat hidup ini lebih bermakna.. sayang.. ingat tak, 7.3.2010 ni sudah masuk 11 tahun kiter bersama.. sungguh teruja aku memilikimu..sungguh tak sangka sudah lama kita memadu asmara terasa baru semalam kita bertemu.. menjadik muda mudi dan berkahwin, rupanya dah lama kita bersama.. pelbagai dugaan yang kita tempuhi walau ranjau berduri kita lalui dengan tabah... tapi sayang, walau dah lama kita bersama, cinta kita masih "HANGAT" seperti dulu.. sedikit pun takkan pudar malah semakin hari semakin sayang..semakin cinta.. semakin geram.. auuuwww...

oh sayang...

kekasih gelapku.. sungguh aku berbangga memilikimu.. kau yang sentiasa menghiburkan hati laraku..janganlah hatimu berubah sedikitpun terhadapku kerana kalau kau cari lain aku teringin jugak nak carik lain... hahhaha.. eh tak lah.. gurau-gurau jek.. cuma aku takut kehilanganmu.. kehilangan cintamu.. biarlah cinta kita sentiasa bersatu walau badai melanda.. biarlah cinta ini tetap utuh seperti masjid di aceh.. walau dilanda gempa bumi, ia tetap teguh..tetap utuh! itulah yang ku ibaratkan cinta kita..

oh sayang..

kekasih pujaan hatiku.. andai ku pergi.. carilah insan yang lebih baik dariku.. yang dapat menjagamu.. anak-anak kita.. makan-minummu.. tapi kalau dia tak dapat menjaga kau, aku akan jadik hantu pocong supaya aku dapat cekik-cekik dia akibat tak dapat menjaga dirimu dgn baik..hehehe... terima kasih sayang.. menjaga aku sehingga aku rasa hidup bahagia.. sehingga aku tak mampu kehilangan mu.. terima kasih kerana ucapana i luv u yang tak penah lekang dari bibir comelmu (comel ker??uwek!) terima kasih jugak kerana tak pernah mengeluh dapat isteri yang nakal sepertiku... aku tahu walaupun kadang-kadang kau rasa nak lempang aje aku ni tapi kau tetap bersabar dgn kerenahku... hahaha... terima kasih sayang.. terima kasih yang tak terhingga.. moga cinta kita hingga ke anak cucu.. hingga ke hujung nyawa... i luv u sayang..


cintaku.. kasihku.. buah hatiku...

kekasih gelapku..

ok la penganjur.. bole diterima tak?? saya ni tak pandai la buat ayat jiwang-jiwang.. dulu-dulu kalau tulis surat cinta pun, kami memang mcm ni supaya kami tak boring baca surat masing-masing..hehe.. maaf ye...

1 comment:

farhana ghafar said...

Sweet gilak okayh! huhu. thanx kak for joining my contest.. All the best 4 you!! :)