Feb 10, 2010

Love Story Contest

contest ni dianjurkan oleh Myra_Zoe.. kalau nak tau lebih lanjut .. syarat penyertaan dan hadiahnya jom klip klap kat sini...


Cinta,

wow indahnya cinta.. cinta benar-benar diriku terasa hebat dan dihargai...tak ku sangka kerna telah 11 tahun rupanya aku ngan hubby menyulam cinta dan kasih... terasa cinta ini masih lagi HANGAT seperti dulu-dulu.. seperti masih muda mudi walaupun dah ade sorang anak dara dan teruna.. masih ingat lagik akibat kegatalan yang terlampau, kami ambik keputusan untuk kahwin di usia muda... orang cakap kawin muda ni takkan hidup bahagia tapi tidak bagi kami sebab kami rasa kami amatlah bahagia walaupun kadang2 ada la bergaduh bertumbuk-tumbuk.. haha.. eh tak de la.. yang ada gaduh-gaduh manja jek.. haha.. kalau tak gaduh tak best.. tak de aksi pujuk memujuk.. tak de aksi gatai-gatai..hehhe... inilah namanya cinta kan..

Cinta,

Kerana cinta aku gembira bersama lelaki yang bernama suami.. Dia adalah tempat aku meluahkan perasaan cinta.. kasih.. sayang.. duka.. nestapa..Dia juga yang sentiasa menyakiti hati aku yang kadang-kadang buat aku geram... buat aku rasa haih! memang nak tuuttt.. haha.. nasib baik suami kan.. tak baik ingkar cakap suami.. sabar aje la..

Kerana lelaki yang bernama suami inilah aku punya anak2 comel sepertiku.. Dia sentiasa berada di sisiku saat aku menangis... sedih.. gembira dan yang paling penting saat aku memerlukannya.. (ehemm...ehemm..)...haha.. begitu jugak disaat aku tak ade duit akibat keborosanku, dialah yang akan menghulurkan sekupang dua utk perbelanjaan hari-hariku dan yang paling aku suka bila aku cakap malas masak dia tak bising-bising pun malah ajak kuar makan dan cakap apa susah makan luar aje la sambil tu bole cuci mata.. bling..bling.. hehe..

Sekarang ni dah tak macam dulu lagi.. hubby dah kerja sampai malam.. jumpa pun 2- 3 jam jek sehari tapi cinta tak pernah pudar.. tak mungkin cinta ini berubah walaupun BRAD PITT atau HUGH JACKMAN (artis paling seksi..auww!!) datang padaku menagih cinta.. Sekalipun diorang datang melutut padaku dan mengungkap cinta aku, aku akan cakap... OH NO!... hanya ada satu lelaki di dalam hatiku iaitu suamiku... Dia antara satu dalam berjuta... hahaha.. eh ye ker?? kalau betoi2 diorang depan mata mau aku pengsan.. haha.. tapi jangan risau ye sayang sebab tak de kebulurnyer diorang nak menagih cintaku..ngeh...ngeh..ngeh..

huh! kalau nak cakap pasal bercinta, satu hari satu malam tak abis.. Jadik aku pendekkan cerita.. Aku memang Cinta gila kat suami aku ni bak kata orang puteh i luv u like crazy... tanpa dia hidupku tak de maknanya.. sunyi.. sepi & tak ade serinya.. mesti aku rindu lawak2 bodohnya.. walaupun perotnya semakin membuncit, aku tetap cinta padanya.. semakin buncit perutnya semakin aku cinta pada dia... INILAH CINTAKU... (kalau laki aku baca ni mesti kembang setaman)..hehe..
i luv u sayang...
gambar hiasan semata.. kami ingin lompat lebih tinggi menggapai sebuah impian.. supaya hidup kami lebih bahagia..semoga cinta terus bersemi dan hidup kami sentiasa dimurahkan rezeki.. insyaallah..


mai..mai.. jom join contest ni beramai-ramai...nak tau lebih lanjut, KLIP KLAP kat sini

1 comment:

myra_zoe said...

wow~ sweet love..