Feb 5, 2010

"Aried, Romantik itu bukan MIMPI"

contest ni dianjurkan oleh En. Aried... Jom la join ramai...

cara-caranya..


1. Buat 1 post bertajuk " Aried, Romantik itu bukan MIMPI!!".

2. Tuliskan:


pengalaman anda bersama orang tersayang yang anda rasakan perkara paling romantik ANDA PERNAH LAKUKAN kepadanya.

atau

kongsikan pengalaman dari rakan-rakan atau family yang anda ketahui dan lihat

atau

perkara romantik yang kamu impikan dari seseorang
3. Copy banner contest ini dan pastekan dalam post anda serta di sidebar anda.

4. Panjang @ kreativiti tidak terhad.

5. Linkkan banner dalam post dan sidebar anda ke URL contest di blog Aried ini.

6. Selepas siap, war-warkan URL POST ANDA kepada Aried dibahagian komen.

7. Contest bermula serta merta dan berakhir pada 28hb ini

Kalau nak tau lebih lanjut.. Klip Klap sini







Romantik?? romantikkah saya?? hehhe... pertama kali berjumpa suami 11 tahun dulu, mcm ada kimia pulak antara kami seperti lagu kat blog saya ni.. hehe.. Semenjak bercinta, kami dah mcm belangkas.. Akibat kegatalan kami, kami ambik keputusan utk kawin awal..kami berjanji utk BERSAMA dan memulakan hidup baru dgn anak-anak yang comei.. kami berjanji memberi pendidikan.. pakaian dan semuanya serba sempurna untuk anak-anak..demi keselesaan diorang.. kami berjanji tiada rahsia antara kami.. kami berjanji saat susah dan senang kami akan hadapi bersama...alhamdullilah dengan berkat doa kami, ibu bapa dan kawan-kawan kami bahagia bahkan semakin tua semakin mengaga-ngada.. eh bukan mengada-ngada tapi romantik la..hehhe.. susah nak CAKAP bab-bab romantik ni.. kadang-kadang dengan perbuatan dah tau dia tuh romantik.. contohnya kalau orang lelaki buatkan susu anak nampak romantik jugakkan.. nampak caring, nampak mcm loving, dan nampak laki tuh gentlemant la..haha.. betul la.. jarang sungguh lelaki nak buat benda2 mcm ni tapi bila awek-awek nampak lelaki buatkan susu anak mesti orang cakap.. "wahhh romantiknya".. tapi bila orang tua-tua nampak mesti diorang cakap.. "Bini pemalas... ada ke laki buat susu".. hahha.. sebnarnya orang tua-tua dulu jeles sebab dulu suami diorang dulu keje jek, nonton tv.. pastu berdengkur..

perkara romantis yang paling ingat ialah tahun lepas.. Anniversary kami yan ke-10, kami gi tempat sejuk pastu ehem..ehem.. eh tak la.. kami gi Cameron Highlands.. jalan sesama.. berdua-duaan.. berpegangan tangan.. berpelukan sakan.. eh kalau halal dialu-alukan... kalau tak kawin tak bole tau..hehe.. dan yang paling menggumbirakan hati, dapat kamera idaman iaitu kamera DSLR.. sebenarnya hadiah bukan dambaan cuma sekadar dapat mengingati hari2 penting cukup memadai kerna orang seperti kami asyik dengan kerja dan kadangkala hari2 mcm ni memang dah tak ingat,, yang ingat "wang besar"..." wang besar".. heheh.. tapi bila sekali sekali meraikan hari2 penting bersama-sama terasa nikmat nya hidup.. hehe...

Kalau nak cerita pasal romantik satu malam tak abis sebab dah 11 tahun bersama.. mesti la banyak kes-kes romantik ni.. kalau nak cerita bab-bab gaduh ni lagik la... dua malam pun tak abis..hehe.. ok la.. nak baca karangan panjang-panjang pun tak syiok.. sakit kepala.. dipendekkan cerita hubby aku memang seorang yang gatal tapi bahasa saintifiknya seorang yang romantik..hehe..aku berbangga punya hubby sepertinya.. seorang lelaki terhebat di mata ku.. terima kasih kerana menyanyangi diri ini. bersabar dgn kerenahku yang nakal dan mengada-ngada.. terima kasih kerana mengungkap I LUV U setiap pagi.. tengahari.. petang dan sebelum tidur.. terima kasih jugak sebab selalu membantu aku menghabiskan kerja rumah.. aku amat-amat hargainya walaupun kadang-kadang geram jugak.. bersuruh baru nak buat.. cisss... hahaha.. sekurang-kurangnya dia buatkan..hehe.. i luv u sayang forever & ever.. eh betul ke?? kalau jumpa ngan Brad Pitt ke.. Tom Cruise tergila-gilakan aku mcm mana?? mesti hilang romantik kan...owh tidak sayang jgn risau, takde kemaruknya diorang nak gila-gilakan aku.. siapalah aku kalau kau tiada di sisiku.. kerna kau aku bahagia.. cinta kau buat aku jadik gila.. kerna kau aku jadik gilak dan kerana kau.. kau dan kau.. aku punya anak2 yang comei-comei sepertiku..hehehe

ok la pihak penganjur.. saya ni dah merepek.. penyertaan diterima ker?? hehehe.. ok la en. Ariep.. sememangnya romantik itu bukan mimpi.. romantik itu realiti yang seharusnya kita kecapi.. rugi kalau kita tak tempuhinya kerana hidup ini hanyalah sekali.. buangkan sikap egois dalam diri kerana kebahagiaan lebih penting untuk Hidup.. insyaallah..

4 comments:

Khairi Mohd said...

fuh mmg romentik. good luck yo!

♥ Juliana Violet ♥ said...

Assalamualaikum...
you... i hope you menang...
memang romantik...
=)
chemistry antara you dgn hubby you yg buatkan hubungan you all sgt romantik...
=)

IntanBerlian said...

huhuh.cantik gambar.romantik sgt2... gudluck sis..moge menang.huhu

mama izz + sarip orbit said...

haha.. tq kawan-kawan.. doakan saya ye..