Jul 31, 2009

tq sayang..





mcm2 yang terjadi sejak akhir2 nih..... pening memikirkannyer.. nasib baik ade anak2 penghibur duka.. aku rasa aku dah tak mcm dulu lagik.. jarang jadik rika sumanto.. nak marah pun berpada2.. danish pun alhamdullilah setakat ni bole la nak study... tapi kena disuruh la.. ye la dia pun kecik lagik.. baru 6 tahun... bile aku nak marah aku selalu berselawat... aku takut lain pulak jadiknyer.. tapi adik semakin nakal.. pening dgn perangai dia.. kadang-kala kena jugak aku pukul dia tapi dia tak serik.. dia pandai pujuk aku.. lepas kena pukul dipeluknyer aku.. hati yang panas berbara2 tiba2 jadik sejuk.. inilah perangai abg dan adik yang sangat aku hargai.. lepas aku marah diorang pandai pujuk hati aku.. begitu jugak la suami aku yg tercinta.. sentiasa di sisi aku disaat aku susah dan juga senang.. saat aku memerlukan dia...

suami aku banyak mengajar erti susah dan senang.. dia jarang kecewa.. sentiasa gembira..gembira dan gembira walau ape yang dilaluinyer.. dia mengajar aku menjadi kuat disaat aku tak berdaya.. dia ibarat matahari yang sentiasa menyinar dlm hidup aku.. tak pernah malam dan malap... syukur alhamdullilah kerna dikurniakan insan teristimewa buatku.. walau dia tak dpt beri kemewahan padaku tapi aku sangat2 bersyukur pada semua yang telah dia buat pada aku...

dia mengajar aku menjadi seorang yg kreatif.. seorang yang sukakan keindahan dan seorang yang mempunyai ramai kawan.. katanya biar ramai kawan tapi jangan ramai musah.. dia mengajar aku supaya sentiasa bersabar diatas apa yang kawan buat pada kita kerana ALLAH itu ada.. Dia maha adil...mereka juga manusia biasa seperti kita...

alhamdullilah, aku dah terikut dgn dia..kata-kata dia.. tapi biasalah suami ku bukan malaikat, ade jugak kelemahannya...tak yahlah aku ceritakan di sini... tak elokkan tapi aku seingat aku sepanjang kami berkahwin tak penah kami gaduh lebih dari sehari..gaduh pun sekejap jek..alhamdulliallah.. Dia terbaik untukku... Dia keindahanku...doakan kami bahagia.. doakan rumahtangga kami hingga ke akhir hayat.. insyaalah....

No comments: